1.2 trillion.

YAB Tan Sri Muyiddin Yassim dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Zafrul menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat Tan Sri Mahyuddin terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg Johor, Zafrul tak berani menjawab..

Tan Sri bertanya lagi… cukup tak nak bagi rakyat BSH waktu Covid ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa Jawanya semakin pekat.

Zafrul, cukup Tan SRI untuk rakyat cukup,

Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak?

Zafrul dalam proses Tan Sri.

Kenapa lambat sangat, pi siap cepat cepat BSH dan royalti tu.

Errr…pasal Tol tu Tan Sri? Takpa tu nanti

saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos mereka..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tan Sri mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tan Sri menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana PH yang dikepalai oleh Tun M, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tan Sri Mahyuddin.

Nabeel Naqie

Covid19.

Sebenarnya, antara Masyaikh Seri Petaling yang positif dengan covid-19 ini ialah Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid حفظه الله. Tetapi ajibnya, beliau cuma ditahan di Hospital Kuala Lumpur selama 4 hari sebelum disahkan sihat sepenuhnya oleh HKL dan dibolehkan untuk discharge.

Maka apabila Maulana telah balik ke rumah, orang telah tanya kepada Maulana Abdul Hamid tentang apa amalan beliau selama ditahan di HKL?

Maulana menjawab, beliau buat amalan biasa sahaja. Iaitu:

  1. Tilawah al-Quran.
  2. Zikir pagi petang.
  3. Solat tahajjud.
  4. Solat dhuha.
  5. Doa.
  6. Kuatkan semangat.

Dan beliau telah katakan bahawa beliau amalkan amalan yang telah dikongsi oleh Mufti Taqi’ Uthmani حفظه الله di dalam wawancara TV di Pakistan, di mana Mufti Taqi’ Uthmani telah kongsikan tentang mimpi seorang ahlullah dalam Tabligh (dipercayai ahlullah ini ialah Maulana Ibrahim Dehla حفظه الله) yang bertemu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lalu Nabi telah ajarkan amalan ini kepada beliau untuk dilindung dari wabak covid-19. Amalan itu ialah:

Maulana telah mulakan amalan ini dengan selawat 3x

  1. Surah Al Fatihah 3x

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿١﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ‏ ﴿٢﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ‏ ﴿٤﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ ﴿٥﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡن ﴿٧﴾

  1. Surah Al Ikhlas 3x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ [١] اللَّهُ الصَّمَدُ [٢] لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ [٣]وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ[٤]

  1. Dan Zikir 313x

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan Maulana telah tutupkan amalan ini dengan selawat 3x

Lalu ditiupkan ke dalam air, dan terus minum.

Masyaallah, selama 3 hari ditahan di dalam HKL, pada hari ke 4, Maulana disahkan sihat sepenuhnya dan dibenarkan discharge ke rumah pada hari Sabtu pagi bersamaan 21 Mac 2020, sebelum melaungkan azan dan solat berjemaah bersama keluarga di kediamannya.

Telah tular audio Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid di dalam whatsapp, di mana beliau telah kongsikan amalan beliau kepada semua orang setelah ditanya dan diminta untuk dikongsikan.

Gambar: Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid sedang memakaikan serban kepada seorang ulama dari Yaman yang amat dihormati.

Tulisan: Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail.